Syarikat ini di asaskan oleh Saudara Mohd Zainizam Bin sabarimon melalui syarikat Falah NZ Enterprise pada 03 April 2014.
Pada masa itu Syarikat Falah NZ Enterprise telah menjalankan pelbagai perniagaan antaranya ialah Kontraktor, Butik, Katering, menjual emas dan Forex.
Bagi mengembangkan lagi perniagaan ini Saudara Mohd Zainizam Bin Sabarimon telah menjemput 2 orang lagi rakannya untuk di jadikan sebahagian rakan kongsi dan dengan itu di tubuhkan syarikat Legasi Sugehwang Sdn Bhd pada 27 April 2016.
Syarikat Legasi Sugehwang Sdn Bhd ini menjalankan perniagaan kontraktor dan tanah lot.
Perjalanan ini tidak terhenti di situ sahaja,
4 tahun selepas itu, Pengasas Utama kami telah menjemput 3 rakan lainnya bagi menubukan Syarikat Sugeh Furniture & Designer pada 28 sept 2020 untuk menjalankan perniagaan kilang membuat pintu dan tingkap.
Selang beberapa hari kemudian syarikat Sugeh Designer ditubuhkan bersama 4 rakannya yang lain bagi menjalankan perniagaan membuat plan bangunan.
Permintaan membuat rumah semakin bertambah dari tahun ke tahun, pada peringkat awal syarikat hanya mampu membuat satu atau dua buah dalam satu2 masa, dan ia semakin bertambah sehingga pada satu2 masa mampu membuat 40 unit.
Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan kualiti yang terbaik pada harga mampu milik, maka Syarikat Sugeh Hardware Sdn Bhd di tubuhkan bersama 4 rakan kongsi pada 6 oct 2022, Dimana syarikat ini menumpukan perniagaan membekal, menjual bahan binaan dan ada juga membuat beberapa produk seperti longkang dan lain2, syarikat ini di tubuhkan adalah agar dapat memberikan harga yang terbaik kepada pasaran tempatan dan seterusnya membantu anak syarikat kontraktor yang di tubuhkan dapat memberikan harga rumah yang mampu milik dan sentiasa relevan dari masa ke semasa.
Namun demikian langkah demi langkah di corak bagi mengatur kesinambungan syarikat ini agar mampu berdayamaju dan seterusnya menjadi syarikat terkemuka Malaysia yang akan mengharumkan nama baik Agama, Bangsa Dan Negara